Protes Israel: Ultras Malaya 'gegarkan' Kedutaan AS

KUALA LUMPUR - Giliran kumpulan penyokong Harimau Malaya, Ultras Malaya berkumpul di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda protes ke atas sekatan misi Global Sumud Flotilla (GSF) oleh Israel pada Khamis.
Kumpulan itu mula berarak pada jam 9 malam.

Kelihatan peserta kumpulan itu memakai baju berwarna hitam berarak sejauh kira-kira 300 meter ke Kedutaan AS dengan mengibarkan bendera Palestin.
Mereka berarak dengan membawa sepanduk 'Merdeka Palestin'.

Beberapa laungan kecaman ke atas Israel turut berkumandang sepanjang perarakan tersebut.
Terdahulu, Perdana Meteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan tentera Israel menahan 23 rakyat Malaysia yang menyertai GSF.
Anwar menegaskan tindakan Zionis itu kejam kerana keprihatinan sukarelawan adalah atas prinsip kemanusiaan mahu membantu rakyat Gaza yang lemah, kelaparan dan sakit melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak.
Sebelum ini media melaporkan, Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby mengesahkan kapal GSF telah dipintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa ketika konvoi itu menuju ke Gaza bagi misi kemanusiaan.
Ringkasan AI
- Kumpulan penyokong Harimau Malaya, Ultras Malaya berkumpul di Kedutaan AS sebagai tanda protes terhadap sekatan misi Global Sumud Flotilla oleh Israel
- Mereka mula berarak pada jam 9 malam memakai baju hitam sejauh kira-kira 300 meter dengan mengibarkan bendera Palestin
- Peserta berarak sambil membawa sepanduk 'Merdeka Palestin'
- Laungan kecaman ke atas Israel berkumandang sepanjang perarakan
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Israel yang menahan 23 rakyat Malaysia dalam misi kemanusiaan ke Gaza
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
