Gara-gara elak anjing, anggota APM dalam perjalanan bertugas parah

Anggota APM Bagan Datuk membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang dinaiki sebelum dihantar untuk menerima rawatan.
Anggota APM Bagan Datuk membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang dinaiki sebelum dihantar untuk menerima rawatan.
A
A
A

BAGAN DATUK – Gara-gara mengelak seekor anjing melintas, seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bagan Datuk parah selepas kenderaan dinaikinya terbabas ketika dalam perjalanan bertugas di Jalan Simpang Empat–Bagan Datuk berhampiran Kampung Simpang 3 Rungkup, di sini, awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.03 tengah malam itu, mangsa, Prebet (PA) Hafizul Borhan, 26, yang memandu sebuah Nissan Navara dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang dan merempuh sebatang pokok.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bagan Datuk, Kapten (PA) Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada orang awam sebelum menggerakkan empat anggota ke lokasi kejadian.

Mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan akibat kemalangan terbabit.
Mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan akibat kemalangan terbabit.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah melibatkan beberapa organ dalaman termasuk jantung, buah pinggang dan usus selain patah tujuh tulang rusuk, patah tangan kiri serta kedua-dua kaki.

“Anggota terbabit turut mengalami kecederaan di dahi, sakit di bahagian dada serta luka terbuka di bawah lutut.

“Anggota berkenaan dimasukkan ke dewan bedah pada jam 11.50 pagi dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dalam keadaan ditidurkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Fazly berkata, mangsa yang berasal dari Sungai Manila, Bagan Datuk itu dibawa ke Klinik Kesihatan Selekoh sebelum dipindahkan ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, waris mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan pihak APM akan terus memantau perkembangan kesihatan anggota berkenaan.

Ringkasan AI

  • Anggota APM parah akibat elak anjing dan terbabas di Bagan Datuk
  • Mangsa berusia 26 tahun, mengalami kecelakaan pada tengah malam
  • Mangsa alami kecederaan parah termasuk patah tulang dan organ dalaman rosak
  • Dibawa ke klinik sebelum dipindahkan ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut
  • Keadaan mangsa kritikal dan kini berada di ICU

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!