Himpunan Sumud Flotilla: Kedutaan AS enggan terima memorandum bantahan

Muhammad Kamil Abdul Munim
Muhammad Kamil Abdul Munim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kedutaan Amerika Syarikat (AS) didakwa enggan menghantar wakil untuk menerima memorandum bantahan berkaitan penahanan aktivis Misi Global Sumud Flotilla (GSF) di Gaza atas alasan faktor keselamatan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, beliau telah menghubungi pihak kedutaan untuk menyampaikan memorandum tersebut namun ditolak pada saat akhir.

“Kita sudah serahkan memorandum tersebut dan saya telah menghubungi wakil Kedutaan Amerika Syarikat lebih awal.

“Tapi atas alasan faktor keselamatan, pihak kedutaan enggan hantar wakil untuk menerima memorandum itu," katanya ketika ditemui pada Himpunan Sumud Flotilla di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di sini pada Khamis.

Muhammad Kamil berkata, memorandum itu menuntut tiga perkara iaitu pembebasan segera semua sukarelawan yang menyertai misi GSF tanpa ada sebarang kecederaan atau tindakan.

"Amerika Syarikat juga digesa menggunakan pengaruhnya ke atas Israel supaya membenarkan kapal GSF yang membawa makanan, perubatan dan bantuan untuk sampai ke perairan Gaza.

"Kita juga ingin menggesa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk memastikan Benjamin Netanyahu tidak menggangu proses pendamaian yang sedang dilakukan.

"Ia termasuk kenyataan berkenaan reconstruction of Gaza (pembangunan semula Gaza) dirombak dan diteliti semula mengambil kira aspirasi dan juga kehendak rakyat di Gaza dan negara Palestin.

"Pihak luar tidak wajar menentukan masa depan serta nasib dan hala tujuh bagi warga di Gaza," tegasnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur enggan menerima memorandum bantahan berkaitan penahanan aktivis Misi Global Sumud Flotilla di Gaza atas alasan keselamatan
  • Muhammad Kamil Abdul Munim telah menghubungi kedutaan lebih awal tetapi permintaannya ditolak
  • Memorandum itu menuntut pembebasan segera semua sukarelawan GSF tanpa kecederaan atau tindakan
  • Meminta Amerika Syarikat menggunakan pengaruhnya untuk membenarkan kapal GSF membawa bantuan sampai ke Gaza
  • Menggesa Presiden Amerika, Donald Trump untuk memastikan proses pendamaian tidak diganggu dan pembangunan semula Gaza dirombak sesuai aspirasi rakyat Gaza

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!