X

Kindly register in order to view this article
!

Agong titah rakyat duduk di rumah melalui IG

Gambar Al-Sultan Abdullah memegang plakad kuning memaparkan tulisan #StayHome dan #DudukRumah yang dimuat naik di Instagram rasmi Istana Negara.
A
A

KUALA LUMPUR - Dua hari selepas menyampaikan Titah Diraja menasihati rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan menerusi televisyen dan radio, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menggunakan media sosial untuk menyampaikan mesej sama.

Menerusi catatan di laman Instagram rasmi Istana Negara (@istana_negara), Al-Sultan Abdullah memegang plakad kuning yang memaparkan tulisan #StayHome dan #DudukRumah bagi menyampaikan mesej berkenaan.

Kapsyen yang mengiringi gambar itu menyebut: "Kita akan melalui cabaran ini bersama sebagai rakyat Malaysia, sebagai satu negara. Marilah kita menjalankan tanggungjawab dengan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan untuk memastikan kita semua selamat.

"Sila duduk di rumah dan mainkan peranan masing-masing bagi membendung jangkitan wabak ini. Inilah masanya bagi kita untuk kekal kukuh dan tabah. - Bernama