Korban Covid-19 terus meningkat, kematian di Itali hampir 800 sehari

Di seluruh dunia, bilangan kes kumulatif meningkat kepada 266,073 dengan virus menular ke 182 negara dan wilayah. - Foto Skynews
Di seluruh dunia, bilangan kes kumulatif meningkat kepada 266,073 dengan virus menular ke 182 negara dan wilayah. - Foto Skynews
A
A
A

BRUSSELS/GENEVA - Ketika Itali mencatatkan korban koronavirus (Covid-19) teramai dalam sehari iaitu 793 semalam, data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menunjukkan pandemik itu meragut 11,184 nyawa di seluruh dunia pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua.

Di seluruh dunia, bilangan kes kumulatif meningkat kepada 266,073 dengan virus menular ke 182 negara dan wilayah.

Di luar China, jumlah kes disahkan bertambah kepada 184,657.

Itali, Sepanyol, Iran, Jerman, Amerika Syarikat dan Perancis antara negara paling teruk terjejas kesemuanya merekodkan lebih 10,000 kes. Negara-negara ini mencatatkan lebih 130,000 jangkitan.

Kes jangkitan, kematian meningkat

Itali melaporkan 6,557 kes baharu semalam menjadikan keseluruhan sebanyak 53,578 sejak wabak mula dikesan pada 21 Februari.

Kematian yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam itu tertinggi dicatatkan menjadikan jumlah korban sebanyak 4,825.

Di Sepanyol, kes jangkitan menghampiri 25,000 semalam menjadikan keseluruhan sebanyak 5,000. Seramai 326 pesakit pula meninggal dunia dengan jumlah keseluruhan 1,328.

Artikel Berkaitan:

Di Perancis 112 kematian dilaporkan manakala kes jangkitan sebanyak 1,847 meningkat kepada 14,459.

Seramai 6,172 orang dimasukkan ke hospital, termasuk 1,525 pesakit berada di dalam unit rawatan rapi, separuh daripadanya di bawah umur 60 tahun.

United Kingdom pula menyaksikan kes terkini sebanyak 5,018 dengan 233 kematian.

Sebanyak 30 lagi kematian dilaporkan di Belanda, 136 orang meninggal dunia, 637 disahkan dijangkiti dengan keseluruhan kes 3,631.

Semalam juga Cyprus, Finland, Lithuania, Bosnia dan Herzegovina masing-masing melaporkan kematian pertama akibat Covid-19. - Bernama