X

Kindly register in order to view this article
!

Orang ramai, swasta dipelawa kongsi maklum balas menstabil dan mengukuhkan ekonomi negara

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri meminta orang ramai dan sektor swasta menyalurkan maklum balas tangani impak koronavirus (Covid-19) ke atas ekonomi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan telah menubuhkan satu platform khusus untuk orang ramai daripada semua lapisan masyarakat berkongsi maklum balas bagi menstabil dan mengukuhkan ekonomi negara khususnya ketika negara sedang menghadapi pandemik Covid-19.

"Maklum balas yang dikemukakan akan diperinci untuk dijadikan input kepada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi atau Economic Action Council (EAC) yang diadakan pada setiap minggu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mustafa berkata, platform khusus itu diwujudkan hasil daripada mesyuarat pertama EAC pada 16 Mac lalu.

"Kerajaan telah menubuhkan EAC yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri bagi memastikan pertumbuhan ekonomi domestik yang mampan serta meningkat keyakinan pelabur dari dalam dan luar negara," katanya.

Sehubungan itu, mulai hari ini orang ramai dan sektor swasta dipelawa untuk berkongsi maklum balas dengan Sekretariat EAC melalui www.mea.gov.my/ms/ekonomikita.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus