PGA 7 tambah kekuatan kawal sempadan Malaysia-Thailand

Azhari (kanan) memberikan amanat kepada anggotanya yang menjalankan tugas mengawal sempadan Malaysia-Thailand di Op Wawasan Kelantan supaya menitik beratkan aspek keselamatan dan kesihatan ekoran penularan wabak Covid-19 ketika ini.
Azhari (kanan) memberikan amanat kepada anggotanya yang menjalankan tugas mengawal sempadan Malaysia-Thailand di Op Wawasan Kelantan supaya menitik beratkan aspek keselamatan dan kesihatan ekoran penularan wabak Covid-19 ketika ini.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan menambahkan lagi kekuatan anggota mengawal sempadan Malaysia-Thailand dalam usaha mengekang pergerakan rakyat di kawasan tersebut yang keluar masuk menggunakan laluan tikus untuk ke negara jiran.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Azhari Nusi berkata, langkah tersebut bertepatan dengan usaha kerajaan mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) menerusi Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasakan ketika ini.

"Setiap pergerakan yang berlaku di tiga buah Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) seperti Pengkalan Kubor, Rantau Panjang dan Bukit Bunga (Jeli) yang merupakan pintu masuk ke negara ini akan diperiksa dengan rapi," katanya.

Menurutnya, usaha itu bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan berjalan lancar tanpa sebarang pembolosan berlaku.

Katanya, sebarang pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan di ketiga-tiga ICQS itu akan diambil tindakan mengikut peraturan sedia ada.

Azhari berkata, PGA juga telah menempatkan anggotanya di 88 pengkalan haram sekitar Rantau Panjang, Jeram Perdah dan Pengkalan Kubor (Tumpat) untuk berkawal di kawasan tersebut yang sering digunakan sebagai 'laluan tikus'.

"Kita juga mahu, sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang sungai Golok bebas daripada sebarang ancaman yang boleh menggugat keselamatan negara," katanya.

Artikel Berkaitan: