MPS pantau pergerakan orang ramai ke pasar awam

Laluan masuk ke pasar awam dikawal bagi mengelak kepadatan dan bersesak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Laluan masuk ke pasar awam dikawal bagi mengelak kepadatan dan bersesak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
A
A
A

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memantau pergerakan pengunjung di pasar awam seluruh Selayang pada hari kelima Perintah Kawalan Pergerakan hari ini.

Menerusi gambar yang dikongsi, pita kuning dipasang, jumlah pengunjung dihadkan dan kedudukan antara pembeli juga dijarakkan sejauh semeter.

Yang Dipertua MPS, Shamsul Shahril Badliza berkata, MPS menggerakkan 35 anggota dari Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan, Jabatan Pelesenan, Jabatan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS untuk pemantauan itu.

Menurutnya, MPS telah menguatkuasakan peraturan bagi urusan pembelian di pasar awam Selayang bagi mengelakkan kepadatan orang ramai.

Anggota MPS memantau pergerakan orang awam yang membeli keperluan di pasar awam sekitar Selayang.
Anggota MPS memantau pergerakan orang awam yang membeli keperluan di pasar awam sekitar Selayang.

"Hanya satu pintu masuk dibuka di semua pasar awam dengan hanya satu wakil mewakili satu keluarga dibenarkan membeli keperluan, tidak tertumpu kepada satu pembeli dalam satu masa, memastikan jarak selamat semeter dan digalakkan memakai topeng muka serta sarung tangan.

"Keadaan di seluruh pasar awam didapati terkawal dan orang ramai mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berharap disiplin dan kerjasama daripada orang awam itu diteruskan dalam bersama-sama membantu kerajaan memutuskan rantaian Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"MPS juga akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan setiap peraturan dan arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan hingga 31 Mac dipatuhi.

"Sebarang pertanyaan ataupun aduan boleh laporkan kepada Bilik Gerakan Khas MPS di talian 03-61389898 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat atau talian bebas tol di 1800-222-677," katanya.