Wanita maut terpijak asid 'pelarut tulang'

Mangsa dilaporkan maut selepas lima hari di rawat akibat terpijak botol asid. Asid hidrofluorik (kanan).
Mangsa dilaporkan maut selepas lima hari di rawat akibat terpijak botol asid. Asid hidrofluorik (kanan).
A
A
A

HANGZHOU – Seorang wanita di timur China maut akibat kegagalan organ selepas terpijak bekas mengandungi asid hidrofluorik atau dikenali sebagai asid 'pelarut tulang'.

Dalam kejadian pada 9 September lalu, mangsa berusia 52 tahun dikenali sebagai Tu, dilapor rebah ketika melalui kawasan berbukit berhampiran sebuah penempatan yang bakal dirobohkan.

Bahan kimia itu menyebabkan pembengkakan serius sebelum Tu dikejarkan ke hospital.

Pemeriksaan mendapati wanita itu mengalami kegagalan pelbagai organ dan ketidakseimbangan elektrolit kritikal.

Mangsa disahkan meninggal dunia lima hari selepas dirawat akibat kegagalan jantung dan paru-paru.

Anak mangsa yang menggunakan nama 'LIV Yuanbao' meluahkan kesedihan di media sosial dan turut mendapat perhatian warga net.

"Saya tidak sempat melihat keajaiban berlaku. Ibu pergi terlalu cepat, dengan cara yang kami tidak mampu fahami," katanya.

Pihak polis yang menjalankan siasatan menemui dua lagi botol asid di kawasan sama sebelum ia dilupuskan.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki bernama Ai, bekas tukang cuci yang dipercayai meninggalkan bekas asid berkenaan sejak tahun 2015.

Artikel Berkaitan:

Asid hidrofluorik merupakan larutan tanpa warna yang menghakis dan boleh melarutkan logam serta kaca.

Ia digunakan dalam industri dan bidang pergigian bagi tujuan menanggalkan karat, mengukir kaca serta rawatan permukaan.

Walaupun pendedahan kecil kepada asid itu boleh membawa maut kerana ia menembusi kulit, menghakis tisu dan tulang sehingga digelar 'pelarut tulang'. - Agensi

Ringkasan AI

  • Seorang wanita di China maut akibat kegagalan organ selepas terpijak asid hidrofluorik
  • Kejadian berlaku ketika mangsa melalui kawasan berhampiran penempatan yang bakal dirobohkan
  • Bahan kimia tersebut menyebabkan kegagalan pelbagai organ dan ketidakseimbangan elektrolit
  • Mangsa meninggal dunia lima hari selepas kejadian disebabkan kegagalan jantung dan paru-paru
  • Polis menahan seorang lelaki yang meninggalkan bekas asid sejak tahun 2015

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!