Wanita maut dihempap pokok: Polis siasat status operasi tapak perkhemahan

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung status operasi tapak perkhemahan di Pulau Santap, Janda Baik, Bentong lokasi seorang wanita maut dihempap pokok tumbang ketika berkhemah pada Jumaat.
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung status operasi tapak perkhemahan di Pulau Santap, Janda Baik, Bentong lokasi seorang wanita maut dihempap pokok tumbang ketika berkhemah pada Jumaat.
A
A
A

KUANTAN - Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung status operasi tapak perkhemahan di Pulau Santap, Janda Baik, Bentong lokasi seorang wanita maut dihempap pokok tumbang ketika berkhemah pada Jumaat.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan turut melibatkan aspek keselamatan kawasan berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal pihak polis mendapati semasa kejadian terdapat 13 tapak khemah dengan 45 pengunjung berada di lokasi itu.

"Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, mangsa, Herini Mohammad Ali, 38 yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

"Suami mangsa berusia 43 tahun dan anak mereka berusia tujuh tahun cedera," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Yahaya berkata, hasil soal siasat, mangsa bersama keluarga serta seorang rakan tiba di tapak perkhemahan itu pada 15 September lalu.

"Pada kejadian, mangsa bersama keluarga sedang berehat sebelum khemah mereka dihempap pokok yang tumbang itu," katanya.

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati memilih lokasi rekreasi memandangkan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung status operasi tapak perkhemahan di Pulau Santap, Janda Baik, Bentong
  • Keselamatan kawasan juga menjadi fokus siasatan
  • Semasa kejadian terdapat 13 tapak khemah dengan 45 pengunjung
  • Herini Mohammad Ali, 38, maut dihempap pokok tumbang ketika berkhemah
  • Suami dan anak mangsa cedera dalam kejadian tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!