Gara-gara anak buat bising, wanita maut ditikam jiran

SINGAPURA - Seorang wanita warga Vietnam maut selepas ditikam dalam satu kejadian pertelingkahan antara jiran di Yishun Central.
Mangsa berusia 31 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Khoo Teck Puat selepas ditemui tidak sedarkan diri berhampiran lif di tingkat enam blok pangsapuri berkenaan.
Suaminya yang berusia 33 tahun turut mengalami kecederaan parah, manakala suspek, seorang lelaki berusia 67 tahun, kini ditahan polis dan disiasat atas kesalahan membunuh.
Menurut jurucakap polis, pergaduhan dipercayai berpunca daripada masalah bunyi bising yang berlarutan antara pasangan itu dan suspek.
Seorang penduduk, Koh, 69, berkata beliau terdengar jeritan sebelum melihat seorang wanita terbaring berlumuran darah.
"Suaminya sedang bergelut dengan seorang lelaki yang memegang pisau. Saya nampak lelaki itu menikam suaminya di bahagian dada.
"Seorang jiran lain sempat menyelamatkan dua anak pasangan itu yang berusia sekitar dua dan lima tahun dengan menarik mereka masuk ke dalam rumah.
"Perselisihan antara mereka telah berlanjutan selama beberapa tahun, berpunca daripada bunyi bising anak-anak kecil pasangan berkenaan," katanya. - Agensi
Ringkasan AI
- Seorang wanita warga Vietnam maut selepas ditikam dalam pertelingkahan antara jiran di Yishun Central
- Mangsa berusia 31 tahun meninggal di Hospital Khoo Teck Puat selepas ditemui tidak sedarkan diri
- Suaminya mengalami kecederaan parah, suspek berusia 67 tahun ditahan polis
- Pergaduhan dipercayai berpunca dari masalah bunyi bising
- Seorang jiran menyelamatkan dua anak pasangan itu yang berusia kira-kira dua dan lima tahun
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

