Perhimpunan Agung PBB didesak bincang serangan Israel ke atas flotila ke Gaza

ISTANBUL - Sebuah jawatankuasa antarabangsa pada Rabu menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membincangkan serangan Israel pada waktu malam ke atas flotila antarabangsa yang dalam perjalanan ke Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Memandangkan sesi ke-80 Perhimpunan Agung PBB yang sedang berlangsung, kami menyeru semua negara anggota supaya mengetengahkan isu serangan ke atas flotila dalam agenda perhimpunan dan meluluskan satu resolusi bagi menangani pencabulan serius ini,” menurut Jawatankuasa Antarabangsa bagi Menamatkan Kepungan Gaza di platform media sosial X.
'Global Sumud Flotilla' melaporkan sekurang-kurangnya 13 letupan berlaku berhampiran beberapa kapalnya di perairan antarabangsa, manakala lebih 15 dron berlegar di atas satu daripada kapal ketika mereka dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza serta menuntut penamatan sekatan Israel. - Bernama-Anadolu
Ringkasan AI
- Jawatankuasa antarabangsa menggesa UNGA membincangkan serangan Israel ke atas flotila antarabangsa ke Gaza
- Sesi ke-80 Perhimpunan Agung PBB dijadikan platform untuk mengetengahkan isu serangan tersebut
- Menyeru meluluskan resolusi menangani pencabulan serius ini
- Global Sumud Flotilla melaporkan sekurang-kurangnya 13 letupan berhampiran beberapa kapal
- Lebih 15 dron berlegar di atas kapal semasa menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
