34 sukarelawan Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla kekal selamat

34 sukarelawan Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) kekal dalam keadaan selamat dan bersiap-siaga penuh susulan ancaman letupan, dron dan gangguan komunikasi yang berlaku pada pagi Rabu.
34 sukarelawan Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) kekal dalam keadaan selamat dan bersiap-siaga penuh susulan ancaman letupan, dron dan gangguan komunikasi yang berlaku pada pagi Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 34 sukarelawan Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) kekal dalam keadaan selamat dan bersiap siaga penuh susulan ancaman letupan, dron dan gangguan komunikasi yang berlaku pada pagi Rabu.

Pengarah dan jurucakap rasmi Sumud Nusantara Media Coordination Center, Datuk Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery berkata, gangguan itu merupakan kali keempat sejak pasukan berlayar di Laut Mediterranean dan diyakini sebagai usaha untuk menakutkan serta mengugut.

“GSF kemanusiaan kita sekali lagi diuji di Laut Mediterranean. Sebanyak 15 dron rejim berlegar rendah setiap 10 minit jelas menunjukkan cubaan intimidasi dan operasi risikan.

“Berlaku 12 letupan udara dilaporkan oleh delegasi dan kapal berdekatan, dipercayai sebagai ugutan terbuka terhadap misi ini. Flotilla kini berada di zon kelabu, perairan Greece sekitar 750 batu nautika dari Gaza. Belum memasuki zon kuning atau merah,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, kapal Alma yang dinaiki sukarelawan Malaysia dalam misi kemanusiaan GSF dilaporkan didatangi 15 buah dron.

Perkara itu dimaklumkan salah seorang sukarelawan, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman yang juga Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM) menerusi hantaran di Facebook pada pagi Rabu.

Tambah Ahmad Sani Araby, misi berkenaan merupakan misi kemanusiaan dan bukannya keganasan, dengan tujuan menghantar bantuan serta mendesak agar perang dan kebuluran dihentikan.

“Kami mendesak kepimpinan serta pendokong dalam negara dan dunia segera bersuara dan melakukan sesuatu atas provokasi terhadap kumpulan aktivis kemanusiaan yang merupakan orang awam ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • SHAH ALAM – Seramai 34 sukarelawan Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla kekal selamat susulan ancaman letupan, dron dan gangguan komunikasi
  • Gangguan itu merupakan kali keempat sejak pasukan berlayar di Laut Mediterranean, dianggap usaha intimidasi
  • Sebanyak 15 dron rejim berlegar rendah setiap 10 minit sebagai cubaan intimidasi dan operasi risikan
  • Berlaku 12 letupan udara, dipercayai sebagai ugutan terbuka terhadap misi kemanusiaan tersebut
  • Misi ini bertujuan untuk menghantar bantuan dan mendesak penghentian perang serta kebuluran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!