Global Sumud Flotilla: Kapal dinaiki sukarelawan Malaysia didatangi 15 dron, nampak letupan

Kapal dinaiki sukarelawan Malaysia didatangi 15 dron, nampak letupan
Kapal dinaiki sukarelawan Malaysia didatangi 15 dron, nampak letupan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kapal Alma dinaiki sukarelawan Malaysia dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan didatangi 15 buah dron.

Perkara itu dimaklumkan salah seorang sukarelawan, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman yang juga Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM) menerusi hantaran di Facebook beliau pada pagi Rabu.

Menurutnya, letupan yang berlaku juga sempat dirakam.

"Terkini! Mereka datang lagi. Kali ini dengan 15 buah dron di sekitar Alma. Setakat ini yang kami perasan dron akan tutup lampu sebelum lepaskan letupan.

"Beberapa letupan juga dapat dilihat dari kapal kami. Nampaknya seperti hanya untuk menakutkan konvoi. Kami tidak akan berpatah balik," katanya.

Dalam pada itu beliau memaklumkan setakat ini tiada sebarang kecederaan dan menyeru orang ramai agar terus mendoakan keselamatan semua yang terlibat.

"Tidak ada kecederaan setakat ini. Teruskan berdoa!" katanya.

Terdahulu, seramai 15 rakyat Malaysia yang menyertai pelayaran tersebut bermula 31 Ogos lalu dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol.

Misi berkenaan merupakan sebahagian daripada GSF yang menghimpunkan lebih 50 bot dengan penyertaan sukarelawan dari 44 negara, membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kapal Alma dengan sukarelawan Malaysia dalam misi kemanusiaan didatangi oleh 15 dron
  • Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, sukarelawan dan pengasas Cinta Salam Malaysia, melaporkan insiden tersebut
  • Letupan kelihatan dari kapal sebagai taktik menakut-nakuti konvoi, namun sukarelawan tetap meneruskan perjalanan
  • Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan di kalangan sukarelawan
  • Misi ini adalah sebahagian dari Global Sumud Flotilla yang mengumpul lebih 50 bot dari 44 negara, menghantar bantuan ke Gaza

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!