Singapura catat 47 kes baharu, jumlah keseluruhan 432 orang

No Image Caption
A
A
A

SINGAPURA - Singapura yang melaporkan dua kes kematian pertama hari ini akibat koronavirus (Covid-19) telah mengesahkan 47 lagi kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang dijangkiti di republik itu setakat ini ialah 432 orang.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) di sini, 39 daripada kes baharu itu merupakan kes import manakala bakinya adalah kes tempatan.

MOH berkata, kes import terbabit mempunyai sejarah perjalanan ke Australia, Eropah, Amerika Utara, ASEAN dan bahagian lain di Asia dengan 33 daripadanya adalah penduduk yang pulang ke Singapura manakala enam merupakan pelawat jangka pendek.

Setakat ini, MOH berkata, sembilan lagi kes jangkitan Covid-19 telah dibenarkan keluar dari hospital, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih ialah 140.

Daripada sejumlah 290 kes yang telah disahkan dan masih dirawat di hospital, kebanyakannya stabil atau semakin pulih manakala 14 berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.

Sehingga tengah hari, MOH mengenal pasti sejumlah 7,544 kontak rapat yang telah dikuarantin. - Bernama

Artikel Berkaitan: