Boikot sahaja artis persenda, permainkan hukum agama!

Masyarakat berhak untuk memilih siapa yang ingin diangkat, siapa yang mahu dijadikan contoh. Gambar hiasan
Masyarakat berhak untuk memilih siapa yang ingin diangkat, siapa yang mahu dijadikan contoh. Gambar hiasan
A
A
A

MERAK Jalanan terkejut dan istighfar panjang apabila mendengar ungkapan ‘buka tudung lebih mendekatkan diri kepada ALLAH’ dan ‘saya sudah biasa berpakaian seksi’.

Apa yang mahu disampaikan oleh selebriti ini yang mempunyai ribuan pengikut. Apakah mahu peminat mereka mengikuti jejak untuk membuka tudung atau berpakaian seksi?

Merak Jalanan bukanlah alim sangat, tapi sudah maklum buat umat Islam bahawa membuka aurat itu merupakan perkara maksiat, sekali gus menjauhkan diri daripada ALLAH SWT, malah lebih tepat mendekatkan diri kepada azab ALLAH sekiranya tidak bertaubat.

Begitu juga berpakaian seksi. Tiada istilah sudah biasa berpakaian seksi namun pada masa sama memuat naik gambar berpakaian seksi itu di media sosial untuk tatapan peminat.

Bayangkan peminat mereka terutamanya anak-anak muda yang masih mencari arah dalam kehidupan mendengar kenyataan tersebut lalu percaya tanpa sempat menapisnya dengan ilmu dan iman di dada.

Bagi Merak Jalanan, inilah bahayanya apabila selebriti dijadikan kiblat. Malah, menjadi artis atau pempengaruh bukan lesen untuk bercakap mengenai agama dan hukum-hakam sesuka hati.

Agama ini bukan bahan jenaka atau bahan persepsi untuk meraih perhatian orang ramai.

Apa tindakan kita? Mungkin boikot mereka boleh menyedarkan mereka bahawa persoalan agama dan hukum tidak boleh dipermainkan.

Masyarakat berhak untuk memilih siapa yang ingin diangkat, siapa yang mahu dijadikan contoh. Jangan beri ruang dan platform kepada mereka yang hanya tahu memperdagangkan sensasi tetapi kosong pada prinsip.

Artikel Berkaitan:

Islam itu indah. Ia menjaga maruah, menuntun akhlak dan memuliakan wanita. Menutup aurat bukan beban, tetapi tanda ketaatan. Apabila ada yang cuba memutar belit, tanggungjawab kita adalah menegur, bukan berdiam diri!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!