Duduk protes halang lalu lintas kerana ditipu penjual tepi jalan

VADODARA - Seorang wanita melakukan protes di tengah jalan bukan kerana isu politik atau membantah dasar kerajaan sebaliknya kerana ditipu penjual makanan di tepi jalan.
Insiden itu berlaku berhampiran Tasik Sursagar di negeri Gujarat, India baru-baru ini dan turut tular di media sosial.
Wanita itu didakwa tidak berpuas hati dengan bayaran dan jumlah empat puri yang diterimanya.
Berang ditipu, dia nekad duduk di tengah jalan hingga menyebabkan gangguan pada lalu lintas selama beberapa jam.
Seperti dalam babak drama, wanita itu menangis seperti kerasukan sejurus polis tiba di lokasi berkenaan.
Dia akhirnya dibawa pergi oleh pihak berkuasa, namun tidak jelas sama ada dia berjaya mendapatkan semula dua puri yang dituntut daripada penjaja tersebut. - Agensi
Ringkasan AI
- Wanita protes di tengah jalan kerana ditipu penjual makanan di tepi jalan
- Insiden itu berlaku berhampiran Tasik Sursagar di negeri Gujarat, India
- Wanita itu tidak berpuas hati dengan bayaran dan jumlah empat puri yang diterimanya
- Berang ditipu, dia nekad duduk di tengah jalan hingga menyebabkan gangguan pada lalu lintas
- Dia dibawa pergi oleh pihak berkuasa tanpa kejelasan mendapatkan semula dua puri yang dituntut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

