Lelaki putus kepala kereta rempuh lori diparkir tepi jalan

Seorang lelaki maut sementara seorang lagi cedera dalam kemalangan di Jalan Felda Taib Andak, Kulai pada Sabtu. Foto BBP Kulai
Seorang lelaki maut sementara seorang lagi cedera dalam kemalangan di Jalan Felda Taib Andak, Kulai pada Sabtu. Foto BBP Kulai
A
A
A

KULAI – [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya putus daripada badan dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Felda Taib Andak berhampiran Taman Permata, di sini pada Sabtu malam.

Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II (KUP), Mohd Firdaus Juritah dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.36 malam.

Katanya, sebaik menerima panggilan, satu jentera fire rescue tender (FRT) dan satu unit perkhidmatan penyelamatan perawatan kecemasan (EMRS) dengan lapan anggota bomba dihantar ke lokasi sejauh enam kilometer.

“Setibanya anggota bomba di lokasi pada jam 10.43 malam, didapati kemalangan berlaku antara sebuah kereta jenis Honda City dengan sebuah lori lima tan jenis Hino yang diparkir di tepi jalan.

“Pemandu kereta cedera tetapi tidak tersepit, dan telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota bomba tiba di lokasi.

“Bagaimanapun, penumpang di tempat duduk hadapan kereta terbabit maut dengan kepalanya terputus daripada badan ketika ditemui,” katanya.

Tambah Mohd Firdaus, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi berjaya dikawal pada jam 11.10 malam dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.20 malam,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera dalam kemalangan di Jalan Felda Taib Andak, Kulai
  • Panggilan kecemasan diterima pada jam 10.36 malam
  • Enam kilometer dari lokasi, lapan anggota bomba dihantar
  • Kemalangan melibatkan kereta Honda City dengan lori Hino yang diparkir
  • Operasi berhasil dikawal dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.20 malam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!