Enam kepala manusia ditemui di tepi jalan

Enam kepala manusia ditemui di jalan raya Puebla–Tlaxcala, Mexico, mengejutkan ramai kerana kawasan itu sebelum ini dianggap selamat daripada keganasan kartel. Foto Agensi
Enam kepala manusia ditemui di jalan raya Puebla–Tlaxcala, Mexico, mengejutkan ramai kerana kawasan itu sebelum ini dianggap selamat daripada keganasan kartel. Foto Agensi
A
A
A

BANDARAYA MEXICO – Pihak berkuasa Mexico melancarkan siasatan selepas enam kepala manusia ditemui di tepi jalan raya yang menghubungkan negeri Puebla dan Tlaxcala, kawasan yang sebelum ini dianggap antara paling selamat di negara itu.

Menurut kenyataan Pejabat Peguam Negara Negeri (FGJE), penemuan ngeri itu turut disertai sehelai risalah yang dipercayai mengandungi mesej amaran berkaitan perebutan kuasa antara kumpulan jenayah terancang.

“Pejabat Peguam Negara Negeri telah memulakan siasatan berhubung penemuan enam kepala lelaki berhampiran sempadan Puebla dan Tlaxcala,” menurut kenyataan rasmi pada Selasa, sambil menegaskan pihaknya akan mengenal pasti dalang serta membawa mereka ke muka pengadilan.

Kejadian ini mengejutkan kerana Puebla dan Tlaxcala lazimnya disenaraikan antara negeri paling selamat di Mexico, dengan kadar jenayah keganasan yang rendah berbanding negeri lain.

Data rasmi menunjukkan Tlaxcala hanya menyumbang 0.5 peratus daripada 14,769 kes bunuh di seluruh negara tahun ini, manakala Puebla sekitar 3.4 peratus.

Bagaimanapun, laporan keselamatan Amerika Syarikat pernah menekankan bahawa kedua-dua negeri ini masih terdedah kepada aktiviti kumpulan penyeludupan dadah, bahan api dan manusia yang beroperasi di tengah Mexico.

Kekerasan ekstrem seperti pemenggalan kepala lazimnya lebih banyak berlaku di negeri-negeri utara dan barat Mexico, khususnya di sepanjang pesisir Pasifik.

Pada Jun lalu, pihak berkuasa menemui 20 mayat, lima daripadanya tanpa kepala di bawah sebuah jambatan di Sinaloa.

Pada Mac, sembilan pelajar dilaporkan dibunuh secara kejam berhampiran sempadan Puebla–Oaxaca.

Artikel Berkaitan:

Insiden terbaharu ini menimbulkan kebimbangan baharu terhadap keselamatan awam di kawasan yang sebelum ini dianggap selamat daripada keganasan kartel. – Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!