Reman bekas pembantu tadbir Tapem disambung 4 hari

Perintah tahanan reman ke atas bekas pembantu tadbir Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) dilanjutkan empat hari untuk bagi bantu siasatan kes penyelewengan wang biasiswa lebih RM2.5 juta.
Perintah tahanan reman ke atas bekas pembantu tadbir Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) dilanjutkan empat hari untuk bagi bantu siasatan kes penyelewengan wang biasiswa lebih RM2.5 juta.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Perintah tahanan reman ke atas bekas pembantu tadbir Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) dilanjutkan empat hari lagi bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang biasiswa lebih RM2.5 juta.

Perintah lanjutan reman bermula esok sehingga 18 Januari itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Syarina Shaarani bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga diiringi dua pegawai SPRM memasuki pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh pada jam 9.30 pagi dan dilihat keluar kira-kira sejam kemudian.

Suspek sebelum ini direman empat hari bermula Jumaat lalu hingga hari ini, bagi membantu siasatan penyelewengan wang biasiswa yang dianggarkan bernilai lebih RM2.5 juta.

Dia ditahan di Felda Menggong, Alor Gajah pada jam 7.15 malam Khamis lalu oleh sepasukan anggota SPRM Melaka.

Siasatan awal mendapati suspek memasukkan wang biasiswa pelajar di sebuah sekolah agama milik kerajaan negeri bernilai lebih RM35,400 ke dalam akaun peribadinya menerusi satu transaksi terkini.

Menurut sumber, jumlah penyelewengan yang dilakukan suspek sebelum ini mencecah hampir RM2.5 juta bagi penyaluran biasiswa untuk diagihkan kepada 77 sekolah di negeri ini.

Artikel Berkaitan: