Selaras waktu operasi perniagaan restoran

Jawahar Ali Taib Khan.
Jawahar Ali Taib Khan.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) meminta kerajaan menyelaraskan waktu operasi perniagaan restoran di seluruh negara ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

Presiden Presma, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai Perintah Kawalan Pergerakan yang telah menetapkan tempoh tertentu bagi operasi perniagaan restoran.

"Justeru, Presma meminta kerajaan menyelaraskan waktu operasi perniagaan restoran di seluruh negara ketika Perintah Kawalan Pergerakan daripada jam 6 pagi hingga 12 malam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam masa sama katanya, Presma juga mengambil kira faktor kesihatan pelanggan dan risiko yang menanti jika mereka terdedah kepada tempat terbuka yang dikhuatiri membawa kepada jangkitan koronavirus (Covid-19).

"Selain itu, Presma juga prihatin kepada peniaga yang tentunya mengalami kerugian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Tapi kesejahteraan rakyat juga perlu diberikan keutamaan.

"Sehubungan itu, Presma berharap kerajaan akan mempertimbangkan cadangan ini dan terus berdoa supaya negara kembali pulih dari penularan wabak pandemik ini," katanya.

Artikel Berkaitan: