Mudir madrasah pondok direman lagi kes amang seksual pelajar lelaki

TUMPAT - Seorang mudir sebuah madrasah pondok, di sini direman sekali lagi selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap pelajar lelaki pada Khamis.
Suspek berusia 46 tahun itu ditahan selepas mangsa berusia 16 tahun tampil membuat laporan polis.
Sumber berkata, mangsa merupakan pelajar yang mengikuti pengajian di madrasah berkenaan.
"Tempoh reman itu bermula Jumaat hingga Khamis ini," katanya.
Menurut sumber itu lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap beberapa pelajar lelaki selain memiliki gambar lucah antara Jun 2024 hingga 20 Ogos lalu.
Pada Khamis, lelaki yang sama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar tahfiz lelaki berusia 14 tahun.
Ringkasan AI
- Mudir madrasah pondok di Tumpat direman tujuh hari untuk siasatan kes amang seksual
- Suspek berusia 46 tahun ditahan selepas pelajar berusia 16 tahun membuat laporan polis
- Mangsa adalah pelajar di madrasah tersebut
- Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
- Suspek sebelum ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan amang seksual fizikal dan memiliki gambar lucah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

