Amang seksual remaja: Perbicaraan kes Naim Daniel Disember ini

Naim Daniel (tengah) bersama barisan peguambela ketika ditemui pemberita selepas prosiding pada Jumaat.
Naim Daniel (tengah) bersama barisan peguambela ketika ditemui pemberita selepas prosiding pada Jumaat.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perbicaraan kes pelakon dan penyanyi terkenal, Naim Daniel berhubung pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan ditetapkan berlangsung selama tiga hari pada Disember depan.

Hakim Mahkamah Sesyen, M Kunasundary menetapkan tarikh perbicaraan pada 15, 16 dan 18 Disember selepas prosiding pengurusan kes berlangsung di hadapannya pada Jumaat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khadijah Amir Hamdzah mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.

Sebelum ini, Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan pada 19 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, selebriti terbabit didakwa melakukan amang seksual fizikal bagi tujuan seksual terhadap mangsa berusia 17 tahun di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada jam 8.56 malam.

Jika sabit kesalahan, pelantun lagu Sumpah itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dihukum sebat.

Sementara itu, peguam Mohd Irwan Sumadi memaklumkan kepada pemberita bahawa pihaknya telah membuat permohonan rasmi kepada pendakwaan agar mangsa memberi keterangan menerusi pautan video.

"Semasa perbicaraan nanti, mangsa bukan lagi berumur bawah 18 tahun, maka keterangan perlu dibicarakan secara biasa," katanya.

Tambah beliau, mahkamah menetapkan 17 Oktober bagi mendengar permohonan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perbicaraan Naim Daniel untuk kes amang seksual fizikal ditetapkan pada Disember
  • Hakim menetapkan tarikh perbicaraan pada 15, 16, dan 18 Disember
  • Pendakwaan di bawah Seksyen 14(a) AKKSTKK 2017
  • Naim Daniel mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut
  • Didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan 17 tahun di hotel di Petaling Jaya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!