Pelajar A ambil cuti sakit lebih dua minggu selepas insiden Zara Qairina - Saksi

KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa seorang pelajar dirujuk sebagai A, antara lima yang didakwa berhubung kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir, telah mengambil cuti sakit lebih dua minggu selepas insiden malang menimpa remaja itu pada 16 Julai lepas.
Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar iaitu Azhari Abd Sagap, 31, berkata, ibu pelajar A telah menghantar dua sijil cuti sakit daripada klinik kesihatan dengan tarikh berasingan kepada beliau menerusi aplikasi WhatsApp untuk memaklumkan perkara itu.
Saksi kelapan dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina itu berkata, sijil cuti sakit pertama bermula 28 Julai hingga 4 Ogos telah dihantar pada 28 Julai manakala sijil cuti sakit kedua bermula 8 hingga 18 Ogos dihantar pada 7 Ogos.
"Pada 11 Ogos, ibu pelajar A menghantar pesanan WhatsApp memaklumkan minggu itu beliau akan datang ke sekolah untuk mengambil semua barang-barang pelajar A dan berterima kasih kerana (warden) sudi menengok-nengok (memantau) anaknya sepanjang bersekolah di sini,” katanya.
Azhari membuka aplikasi WhatsApp di telefonnya dan membacakan mesej yang diterima daripada ibu pelajar A ketika menjawab soalan peguam Joan Goh, yang mewakili pelajar A yang didakwa dalam kes buli Zara Qairina, pada hari ke-10 prosiding inkues.
Azhari berkata, beliau tahu bahawa pelajar A ada melihat Zara Qairina diletakkan di tepi rumah warden iaitu laluan antara bangunan Blok A ke Blok B sebelum ambulans tiba di asrama berkenaan.
Ketika disoal adakah dia tahu pelajar A telah keluar dari sekolah kerana berasa trauma, beliau berkata: "Tidak. Dia juga tidak menunjukkan dia trauma.”
Beliau berkata, pengawal keselamatan, Linah Mansoding @ Jaliha ada mengambil gambar pelajar A serta seorang lagi rakannya, dengan pelajar A menunjukkan tanda ‘peace’ dan gambar tersebut diambil ketika kedua-duanya diminta datang ke sekolah itu untuk diambil keterangan.
Goh: Gambar saja boleh tunjuk tidak trauma?
Azhari: Ya. Dia siap ‘peace’ lagi gambar yang pengawal keselamatan ambil.
Semalam, Azhari memberitahu mahkamah bahawa pelajar A telah berpindah sekolah beberapa minggu selepas insiden Zara Qairina ditemukan tidak sedarkan diri di asramanya pada 16 Julai lepas, namun tidak mengetahui alasan permindahan tersebut.
Dalam prosiding hari ini, Azhari berkata, ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat ada menceritakan kepada beliau bahawa pelajar A merupakan kawan baik anaknya itu dan mengetahui semua berkaitan Zara Qairina.
Menurut Azhari, pelajar A ada mengikut Zara Qairina balik ke rumahnya di Sipitang pada 12 Julai selepas program gotong-royong PIBG sekolah.
"Itu yang saya tahu. Mungkin itu yang ibu Zara Qairina anggap pelajar A ini kawan baik Zara Qairina, yang kenal Zara Qairina,” katanya.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung Isnin.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, pada 17 Julai lepas. Pelajar itu ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan pihak polis manakala sebelum itu pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. - Bernama
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli
Ringkasan AI
- Seorang pelajar dirujuk sebagai A mengambil cuti sakit lebih dua minggu selepas insiden buli yang menimpa Zara Qairina
- Ibu pelajar A menghantar dua sijil cuti sakit dengan tarikh berasingan melalui aplikasi WhatsApp kepada Ketua Warden Asrama
- Pelajar A dilihat bersama Zara Qairina di tepi rumah warden sebelum ambulans tiba dan juga sempat mengikuti Zara Qairina balik ke rumahnya sebelum insiden
- Pengawal keselamatan mengambil gambar pelajar A yang menunjukkan tanda 'peace' semasa diminta datang ke sekolah untuk diambil keterangan
- Pelajar A berpindah sekolah beberapa minggu selepas insiden, namun alasan permindahan tersebut tidak diketahui
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
