Pelancong terbabas masuk hutan, redah lumpur gara-gara ikut GPS

Punnyawat terbabas masuk dalam hutan kerana ikut GPS. Foto Pattaya Mail
Punnyawat terbabas masuk dalam hutan kerana ikut GPS. Foto Pattaya Mail
A
A
A

PATTAYA – Seorang pelancong berdepan detik cemas apabila motosikal ditungganginya terbabas di lereng bukit selepas aplikasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) membawanya masuk ke laluan hutan di Chon Buri, Thailand pada Isnin lepas.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, mangsa, Punnyawat Buddachun, 23, yang bekerja sebagai ahli fisioterapi menunggang motosikal jenis Honda CL 300 dalam perjalanan ke Air Terjun Krok Ma Tai sebelum terbabas.

Menurut laporan Pattaya Mail, Punnyawat dilaporkan ingin ke air terjun itu bagi mengambil gambar, namun GPS yang digunakannya membawa ke laluan berbahaya dari Lebuhraya 331 sehingga terpaksa meredah lereng bukit, aliran air serta hutan tebal.

Punnyawat mahu mengambil gambar air terjun sebelum terbabas masuk ke dalam hutan kerana mengikut GPS. Foto Pattaya Mail
Punnyawat mahu mengambil gambar air terjun sebelum terbabas masuk ke dalam hutan kerana mengikut GPS. Foto Pattaya Mail

"Saya hanya mahu ambil gambar di air terjun, tetapi GPS bawa saya ke jalan hutan.

"Mujur polis dan pasukan penyelamat cepat tiba. Saya sangat bersyukur dengan bantuan mereka," katanya.

Punnyawat terpaksa berjalan lebih dua kilometer (km) dalam keadaan penat dan dipenuhi lumpur sebelum menemui orang awam untuk meminta bantuan.

Motosikal yang ditungganginya hanya mengalami kerosakan kecil, namun mangsa tidak mampu mengangkatnya kerana terjatuh di cerun curam.

Artikel Berkaitan:

Pasukan penyelamat Sawang Boriboon Pattaya Rescue Foundation bersama polis Huay Yai kemudian bergegas ke lokasi dengan kenderaan pacuan empat roda sebelum berjaya menemui mangsa di kawasan Khao Phai, Pong, Bang Lamung.

Ringkasan AI

  • Seorang pelancong terbabas di lereng bukit di Chon Buri, Thailand kerana diarahkan oleh GPS
  • Mangsa, Punnyawat Buddachun ingin mengambil gambar di Air Terjun Krok Ma Tai
  • GPS membawa ke laluan berbahaya menyebabkan mangsa terpaksa meredah lereng bukit dan hutan tebal
  • Punnyawat berjalan lebih dua kilometer dalam keadaan penat dan dipenuhi lumpur untuk mendapatkan bantuan
  • Pasukan penyelamat dan polis cepat tiba di tempat kejadian dan memberi bantuan kepada mangsa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!