400 pengunjung perkhemahan berdepan detik cemas, terperangkap kepala air

KUALA KUBU BHARU – Kira-kira 400 pengunjung di sebuah tapak perkhemahan berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air di Ali River Campsite, Kerling di sini pada Isnin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.47 pagi.

"Seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi dan tiba pada jam 6.11 pagi.
"Sebaik tiba, komander operasi mendapati kira-kira 400 pengunjung berada di kawasan tersebut ketika kepala air melanda," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, anggota bomba bertugas segera mengarahkan semua mangsa berpindah ke kawasan lebih tinggi dan selamat.

"Pasukan bomba turut melakukan pemantauan rapi sehingga limpahan air surut.
"Keadaan hujan yang semakin reda membantu menurunkan paras air dan tiada mangsa dilaporkan cedera atau hilang," katanya.
Ringkasan AI
- Kira-kira 400 pengunjung terperangkap dalam kejadian kepala air di Ali River Campsite, Kerling
- Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar menerima panggilan kecemasan pada jam 5.47 pagi
- Seramai enam anggota bomba bersama sebuah jentera tiba di lokasi pada jam 6.11 pagi
- Anggota bomba mengarahkan mangsa berpindah ke kawasan lebih tinggi dan selamat
- Tiada mangsa dilaporkan cedera atau hilang setelah hujan reda dan air surut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

