PGA tampal notis roboh 54 jeti haram di Tumpat, Pasir Mas

KOTA BHARU - Pasukan Gerakan Am (PGA) memulakan gerakan menampal notis perobohan pangkalan haram di 54 lokasi sekitar jajahan Tumpat dan Pasir Mas sejak tiga minggu lalu.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, daripada jumlah itu 44 notis ditampal di Tumpat manakala selebihnya di Pasir Mas.
“Notis berkenaan ditampal bagi memberi peringatan kepada penduduk.
"Ia dilakukan dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan bersama PGA, MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan Majlis Daerah," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Menurut beliau, notis perobohan itu dilaksanakan mengikut Seksyen 426A Kanun Tanah Negara 1965.
Ujarnya, tiada notis ditampal di jajahan Jeli dan Tanah Merah kerana jeti di kawasan itu tidak berstruktur dan mesyuarat akan diadakan terlebih dahulu sebelum proses perobohan dilaksanakan.
Media sebelum ini melaporkan sebanyak 153 daripada 212 jeti pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula dari Pengkalan Kubor hingga Rantau Panjang dikenal pasti didirikan di atas tanah kerajaan manakala 59 jeti lain di atas tanah milik individu.
Ringkasan AI
- PGA memulakan gerakan menampal notis perobohan pangkalan haram di 54 lokasi di Tumpat dan Pasir Mas tiga minggu lalu
- Daripada jumlah itu, 44 notis ditampal di Tumpat dan selebihnya di Pasir Mas
- Notis perobohan dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan, PGA, MKN dan Majlis Daerah
- Pelaksanaan notis mengikut Seksyen 426A Kanun Tanah Negara 1965
- Tidak ada notis ditampal di Jeli dan Tanah Merah kerana jeti tidak berstruktur dan memerlukan mesyuarat sebelum perobohan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

