Enam PATI ditangkap, tekong larikan diri ke Thailand

TUMPAT - Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu menangkap enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar selepas menahan sebuah kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di pangkalan haram kebun, di sini pada Isnin.
Bagaimanapun, lelaki yang bertindak sebagai tekong darat melarikan diri ke Thailand menggunakan bot dalam serbuan jam 6.30 pagi itu.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan ke atas MPV itu telah menjumpai enam PATI warganegara Myanmar.
"Empat daripada enam PATI yang ditahan itu adalah perempuan dan selebihnya lelaki," katanya kepada pemberita pada Selasa.
Menurutnya, kesemua PATI itu disyaki baru diseludup masuk ke negara ini melalui pangkalan haram.
Ujarnya, kesemua PATI itu diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan selanjutnya.
Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Ringkasan AI
- Pasukan Gerakan Am Kuala Terengganu menangkap enam pendatang asing tanpa izin warganegara Myanmar di Tumpat
- Tekong darat melarikan diri ke Thailand menggunakan bot semasa serbuan
- Empat daripada enam PATI yang ditahan adalah perempuan dan dua lelaki
- PATI disyaki baru diseludup masuk ke negara melalui pangkalan haram
- Kes diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat untuk tindakan selanjutnya dan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

