Covid-19: 10 juta topeng muka dari China dibawa masuk

Menteri Kanan (Kluster Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan di Bangunan Perdana Putra hari ini.
Sebanyak 10 juta topeng muka daripada China akan dibawa masuk secara berfasa bagi menampung kekurangan bekalan dalam negara berikutan penularan jangkitan Covid-19.
Turut hadir Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin (kiri) dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali (kanan). - Foto Bernama
Menteri Kanan (Kluster Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan di Bangunan Perdana Putra hari ini.
Sebanyak 10 juta topeng muka daripada China akan dibawa masuk secara berfasa bagi menampung kekurangan bekalan dalam negara berikutan penularan jangkitan Covid-19. Turut hadir Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin (kiri) dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali (kanan). - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kerajaan memutuskan untuk membawa masuk sejumlah 10 juta topeng penutup muka dari China secara berperingkat-peringkat dalam masa terdekat.

Menteri Kanan (Kluster Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, bekalan itu diberi keutamaan untuk diagihkan kepada pekerja barisan hadapan yang terlibat dalam pengurusan krisis koronavirus ( Covid-19).

Menurutnya, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan bekerjasama dengan Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) untuk tujuan agihan dalam pasaran sekiranya terdapat lebihan bekalan.

"Diputuskan semalam dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa kita akan cuba dapatkan bekalan dari China sebanyak 10 juta. Bekalan ini akan diselaraskan oleh Kementerian Pengangkutan yang akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan untuk membawa masuk secara beransur-ansur.

"Namun bekalan 10 juta topeng muka ini akan diuruskan oleh NADMA dan keutamaan untuk barisan hadapan seperti kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), polis, imigresen dan yentera. Jika ada lebih, baru akan diberi untuk agih pada pasaran," katanya ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fadillah yang merupakan Menteri Kerja Raya berkata, orang ramai yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19, namun gagal mengisytiharkan diri ketika mendapatkan rawatan di hospital mahupun klinik seluruh negara akan berdepan hukuman undang-udang.

Beliau berkata, berikutan jangkitan wabak itu telah menular dalam kalangan petugas kesihatan di barisan hadapan, maka adalah penting untuk masyarakat tidak mendedahkan risiko kepada lebih ramai petugas lain.

"Sesiapa yang buat saringan di klinik atau hospital sama ada awam atau swasta kalau ada kontak rapat yang postif (Covid-19), maklum pada hospital.

Artikel Berkaitan:

"Kalau tak, kita dedahkan risiko. Kita tak mahu sampai keadaan hospital dan klinik tak boleh bagi perkhidmatan bila mereka ni (petugas) positif," katanya.

Susulan kerahan khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula esok, Fadillah turut berkata, hanya seorang daripada ahli keluarga dibenarkan keluar sekiranya ada keperluan dan sebarang isu berbangkit bergantung kepada budi bicara pihak berkuasa.

"Waktu dan jenis operasi premis yang dibenarkan tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing," katanya.

Tambah beliau, petugas-petugas kritikal pula akan diberikan surat pengesahan tugasan untuk rujukan pihak berkuasa.

Ditanya mengenai status golongan nelayan, Fadillah berkata, mereka masih dibenarkan beroperasi untuk jaminan bekalan makanan terpelihara namun tetap terikat dengan garis panduan dikeluarkan KKM.