Syahredzan turut terima emel ugutan video lucah palsu

Syahredzan
Syahredzan
A
A
A

BANGI – Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mendedahkan beliau turut menerima emel ugutan berkaitan video lucah palsu yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) sama seperti dialami sembilan wakil rakyat kerajaan sebelum ini.

Syahredzan dalam hantaran di platform X sebentar tadi berkata, emel berkenaan jelas tidak tersusun dan disyaki dihasilkan menggunakan AI.

Menurutnya, gambar tangkap layar yang dihantar juga hanyalah poster kempennya yang ditindih di atas satu imej video tidak berkaitan.

“Saya tidak pasti sama ada ugutan ini benar-benar percubaan yang dibuat atau tidak tetapi apa yang pasti ramai sudah menerimanya. Saya yakin pihak berkuasa, terutama SKMM akan menyiasat perkara ini dan saya serahkan sepenuhnya kepada mereka.

“Apapun, ia tidak memberi kesan kepada saya; saya akan terus berkhidmat,” katanya pada Ahad.

Syahredzan menegaskan, beliau tidak gentar dengan percubaan tersebut dan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa.

Setakat ini, sembilan Ahli Parlimen kerajaan termasuk Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli; dan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mengesahkan mereka menerima ugutan serupa.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menerima emel ugutan menggunakan kecerdasan buatan
  • Emel ugutan tersebut tidak tersusun dan disyaki dihasilkan menggunakan AI
  • Gambar tangkap layar yang dihantar merupakan poster kempennya yang ditindih atas imej video tidak berkaitan
  • Syahredzan yakin SKMM akan menyiasat dan tidak gentar dengan ugutan tersebut
  • Sembilan Ahli Parlimen kerajaan termasuk Menteri Komunikasi dan bekas Menteri Ekonomi juga menerima ugutan serupa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!