Menteri Luar Arab-Islam bermesyuarat di Doha, sedia agenda Sidang Tergempar

Menteri luar Arab dan Islam mengadakan mesyuarat di Doha sebagai persiapan Sidang Kemuncak Tergempar susulan serangan udara Israel yang menyasarkan pemimpin Hamas di Qatar. - Foto: Agensi
Menteri luar Arab dan Islam mengadakan mesyuarat di Doha sebagai persiapan Sidang Kemuncak Tergempar susulan serangan udara Israel yang menyasarkan pemimpin Hamas di Qatar. - Foto: Agensi
A
A
A

ANKARA - Menteri-menteri luar negara Arab dan Islam memulakan mesyuarat tertutup di Doha pada Ahad bagi membuat persiapan untuk sidang kemuncak tergempar susulan serangan udara Israel di ibu negara Qatar, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Mesyuarat persediaan itu dijangka merangka agenda Sidang Kemuncak Arab-Islam pada Isnin di Doha yang bakal menghimpunkan ketua negara serta pegawai kanan dari seluruh rantau.

Sidang kemuncak itu dipanggil oleh Qatar sebagai tindak balas terhadap serangan Israel yang menyasarkan pemimpin Hamas di Doha pada Selasa, mengorbankan lima anggota kumpulan itu dan seorang pegawai keselamatan Qatar.

Qatar, bersama Amerika Syarikat dan Mesir, sebelum ini bertindak sebagai pengantara dalam rundingan untuk menamatkan perang Israel di Gaza, yang setakat ini telah meragut lebih 64,800 nyawa rakyat Palestin sejak Oktober 2023. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Menteri-menteri luar negara Arab dan Islam berkumpul dalam mesyuarat tertutup di Doha
  • Mesyuarat itu bertujuan persiapan untuk Sidang Kemuncak Arab-Islam berikutan serangan Israel
  • Sidang kemuncak diadakan sebagai respons terhadap serangan Israel yang menyasar pemimpin Hamas di Doha
  • Serangan tersebut meragut nyawa lima anggota Hamas dan seorang pegawai keselamatan Qatar
  • Qatar telah bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan Mesir dalam rundingan damai untuk konflik Israel dan Gaza, dengan korban Palestina melebihi 64,800 sejak Oktober 2023

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!