Rumah teres jadi pusat panggilan diserbu, 14 warga China ditahan

Antara barangan yang dirampas dalam serbuan dilakukan. - Foto: PDRM
Antara barangan yang dirampas dalam serbuan dilakukan. - Foto: PDRM
A
A
A

PORT DICKSON - Taktik sindiket penipuan dalam talian menjadikan tiga rumah teres di daerah ini sebagai 'calling center' atau pusat panggilan sindiket perjudian dalam talian terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa pada Isnin lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, dalam serbuan jam 5 petang hingga 7 malam itu, seramai 16 individu ditahan yang mana 14 daripadanya merupakan warga China.

Menurutnya, kesemua warga China berkenaan berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan.

"Bertindak atas maklumat kegiatan calling center penipuan perjudian dalam talian, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan JSJK daerah Port Dickson telah melakukan serbuan di tiga kediaman.

"Sindiket terbabit dipercayai menjalankan kegiatan penipuan permainan, loteri dan perjudian dalam talian dengan menyasarkan mangsa warganegara China," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, aplikasi yang digunakan adalah QQ dan Telegram.

"Turut dirampas 26 unit telefon bimbit, sembilan unit komputer riba, satu set modem unifi dan 'router TP-Link' yang keseluruhannya bernilai RM35,000.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan/120B Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!