Covid-19: Tutup sempadan Johor-Singapura sepenuhnya

Muhammad Taqiuddin Cheman
Muhammad Taqiuddin Cheman
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pemuda Amanah Johor menggesa supaya kerajaan negeri menutup sepenuhnya sempadan keluar masuk antara Johor dan Singapura.

Ketuanya, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, langkah itu tepat pada masanya kerana statistik kes koronavius (Covid-19) meningkat saban hari di negeri ini dan negara ini secara amnya.

"Sebagaimana arahan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya perjalanan ulang-alik rakyat Malaysia ke Singapura dihentikan sehingga 31 Mac, begitu juga warga Singapura yang ingin bergerak masuk ke Malaysia.

"Ini kerana langkah pencegahan yang dibuat adalah bagi membendung penularan wabak di antara dua negara ini serta memastikan arahan yang dikeluarkan dapat dipatuhi dengan berkesan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menerusi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lalu, hanya pekerja profesional dan kenderaan berat dalam sektor dan bidang penting yang dibenarkan untuk keluar masuk ke negeri ini serta republik tersebut.

Muhammad Taqiuddin berkata, kerajaan negeri tidak boleh memandang ringan ancaman atau sebarang kemungkinan yang lebih buruk berlaku.

Artikel Berkaitan: