SD makan diri sendiri, dedah keretakan Bersatu - Pengarah Komunikasi PKR Pahang

Keratan Sinar Harian. Foto kecil: Wan Fauzuldin
Keratan Sinar Harian. Foto kecil: Wan Fauzuldin
A
A
A

KUANTAN – [DIKEMAS KINI] Perhimpunan Agung Tertinggi (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Sabtu menjadi pentas dramatik apabila hampir 120 Ketua Bahagian menolak Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Wan Fauzuldin Wan Samad mendakwa situasi itu, sekali gus mendedahkan keretakan dalaman yang serius dan bukan sahaja memalukan parti, tetapi menunjukkan sokongan terhadap Muhyiddin semakin goyah.

“Saya difahamkan 120 Ketua Bahagian menolak beliau (Muhyiddin) dan ini bukan sekadar tamparan, tetapi mesej jelas kepimpinan beliau semakin rapuh,” katanya pada Isnin.

Wan Fauzuldin menambah, isu Akuan Bersumpah (SD) sering digunakan Muhyiddin dalam ceramah untuk menunjukkan beliau layak menjadi Perdana Menteri ke-10, kini memakan diri sendiri.

Dakwanya lagi, walaupun Muhyiddin menekankan SD mencukupi merupakan bukti kelayakannya berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun pemimpin nombor satu Bersatu tetap gagal meyakinkan semua pihak.

“Muhyiddin (dakwa) ada SD cukup tetapi memakan diri sendiri apabila SD daripada 120 Ketua-Ketua Bahagian Bersatu menolak beliau selaku Presiden Bersatu. Hukum karma, mungkin.

“Jadi, situasi itu menimbulkan persoalan bagaimana Muhyiddin boleh meyakinkan rakyat beliau layak menjadi calon Perdana Menteri ke-11 sedangkan lebih separuh Ketua Bahagian Bersatu sendiri menolaknya sebagai pemimpin,” katanya.

Wan Fauzuldin memaklumkan, sebelum ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi amaran kepada supaya Bersatu tidak terburu-buru mengumumkan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri ke-11 kerana perkara itu perlu dibincangkan dalam Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu.

Menurutnya, ini turut menunjukkan sokongan Pas terhadap Muhyiddin juga tidak begitu kukuh.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, ujarnya, adegan peluk-memeluk antara Muhyiddin dan Tan Sri Hamzah Zainudin di pentas PAT menjadi perhatian.

Bagaimanapun, Fauzuldin menyifatkan tindakan itu sebagai lakonan politik dan sewajarnya disedari pengundi.

“Kehadiran tokoh yang pernah berkhidmat dalam Keadilan turut mewarnai drama politik ini.

“Kita tahu mainannya dalam politik sewaktu berada di Keadilan (PKR), menikam bos dari belakang memang perangainya,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!