X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 15 petugas kesihatan dijangkiti, seorang di ICU

Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 15 petugas kesihatan termasuk tiga daripadanya sektor kesihatan swasta telah dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah dalam hantaran Facebooknya berkata, salah seorang daripada mereka berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

"Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda.

"Tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan medan perang ini," katanya.

Dalam hantaran itu, beliau terus menasihati orang ramai berada di rumah.

"Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah," tegasnya.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 900 kes positif Covid-19 dan 20 daripadanya dirawat di ICU serta memerlukan mesin ventilator.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 110 kes baharu dicatatkan

Tentera bantu polis Ahad ini, bukan perintah darurat

Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu sejak tiga hari lepas.

Bagaimanapun masih terdapat masyarakat yang tidak mengendahkan perintah berkenaan.

Pagi ini, Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan digerakkan bermula Ahad ini bagi memastikan kepatuhan rakyat terhadap perintah berkenaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus