Konsortium E-Mutiara batal jadual perjalanan bermula 25 Mac

Che Ibrahim Che Ismail
Che Ibrahim Che Ismail
A
A
A

KOTA BHARU - Semua perjalanan Konsortium E-Mutiara Berhad bermula 25 hingga 31 Mac dibatalkan bagi mengekang penularan koronavirus (Covid-19).

Pengerusi Eksekutif E-Mutiara, Che Ibrahim Che Ismail berkata, namun perkhidmatan bas ekspres akan berjalan seperti biasa sehingga 24 Mac ini.

"Kaunter tiket E-Mutiara di seluruh Semenanjung Malaysia tidak akan beroperasi bermula 25 hingga 31 Mac.

"Penumpang yang telah membuat pembelian tiket bagi perjalanan 25 hingga 31 Mac boleh membuat pindaan tarikh perjalanan di

kaunter-kaunter tiket E-Mutiara bermula dari 1 April ini.

"Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian Khidmat Pelanggan/Operasi 09-774 4955," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, pihak E-Mutiara turut merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada para penumpang yang telah mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan menjaga kepentingan dan keselamatan bersama ketika menggunakan perkhidmatan mereka.

"Ucapan penghargaan dan tahniah juga kepada semua pemandu bas ekspres di seluruh Malaysia khasnya kepada Jurupandu Ekspres Mutiara dan Ekspres Musafir yang telah melaksanakan tugas mereka dengan jaya dan dengan penuh iltizam demi keselamatan dan kesihatan penumpang," katanya.

Artikel Berkaitan: