Skuad All England negara bebas Covid-19

BAM
BAM
A
A
A

KUALA LUMPUR- Kesemua 21 pemain negara termasuk empat pemain profesional dan tujuh jurulatih yang pulang ke tanah air selepas bersaing di Kejohanan Badminton All England di Birmingham baru-baru ini dilaporkan negatif koronavirus (Covid-19).

Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dalam kenyataan hari ini, berkata, kesemua pemain negara akan terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan akan menjalani program latihan individu sebelum memulakan latihan bersama sebaik sahaja perintah tersebut ditarik balik.

“BAM akan terus berhubung rapat dengan badan berkaitan bagi memastikan langkah bertepatan dapat diambil,” menurut kenyataan tersebut.

Sebaik tiba dari Birmingham, kesemua pemain negara kecuali empat pemain profesional difahamkan kini menjalani kuarantin secara sukarela di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara di sini.-Bernama

Artikel Berkaitan: