Polis siasat kemungkinan sindiket pedofilia ada jaringan antarabangsa

M Kumar.
M Kumar.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis tidak menolak kemungkinan sindiket penjualan kandungan pornografi bayi dan kanak-kanak yang ditumpaskan menerusi Op Pedo baru-baru ini mempunyai kaitan dengan jaringan antarabangsa selepas bahan eksploitasi seksual kanak-kanak dikesan dimuat naik dalam beberapa laman ‘dark web’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu berkata, terdapat maklumat daripada pihak berkuasa luar negara mengenai aktiviti penjualan kandungan pornografi membabitkan kumpulan terbabit.

“Banyak rakaman video dan gambar penganiayaan seksual kanak-kanak telah dimuat naik di dalam dark web tertentu yang mempunyai jaringan antarabangsa,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan Menteri Komunikasi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak TikTok di Bukit Aman, di sini pada Khamis.

Kumar berkata, setakat ini, tiada penglibatan individu lain selain 11 individu termasuk dalang sindiket yang ditahan di Johor Bahru menerusi Op Pedo yang dijalankan antara 19 Julai hingga 19 Ogos lalu.

“Kalau mahu kata ada penglibatan individu lain selain mereka, setakat ini tiada. Tetapi yang pasti, dark web yang dikendalikan mempunyai pengikutnya,” katanya.

Pada 29 Ogos lalu, satu jaringan pedofilia yang berkongsi kandungan pornografi bayi dan kanak-kanak dalam aplikasi Telegram serta dark web terbongkar selepas 11 suspek warga asing dan tempatan diberkas.

Menerusi operasi sama, dua bayi lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan berusia antara dua bulan hingga lima tahun turut berjaya diselamatkan.

Aktiviti pedofilia tersebut terbongkar selepas seorang juruteknik yang menjadi dalang kegiatan itu diberkas polis.

Modus operandi yang digunakan adalah dengan memisahkan bayi baharu dilahirkan daripada ibu kandung untuk dijadikan anak angkat sebelum dijadikan mangsa pemuas nafsu serta ‘model’ kandungan lucah.

Artikel Berkaitan:

Suspek turut mengiklankan pencarian bayi untuk dijadikan anak angkat di Facebook sebelum iklan itu tersebar dan tular.

Wanita yang hamil luar nikah dan tiada pasangan akan menghubungi suspek utama sebelum ditawarkan wang antara RM1,500 hingga RM3,500 selain ditanggung sepenuhnya kos perubatan sehingga bersalin.

Suspek kemudian menjaga bayi dan ibu berkenaan sehingga proses pendaftaran kelahiran selesai, sebelum bayi itu dipisahkan terus daripada ibunya.

Bayi berkenaan kemudiannya dipelihara oleh suspek bagi tujuan pelepasan nafsu serta penghasilan bahan penganiayaan kanak-kanak dengan menyebarkan video dan gambar untuk mengaut keuntungan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!