Kain linen hospital terpakai jana pendapatan OKU

Aziah (dua dari kanan) melihat beg, bekas pensel dan pelbagai kraftangan lain yang dihasilkan daripada kain linen terpakai.
Aziah (dua dari kanan) melihat beg, bekas pensel dan pelbagai kraftangan lain yang dihasilkan daripada kain linen terpakai.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Usaha mengitar semula kain linen hospital yang tidak digunakan membantu komuniti orang kurang upaya (OKU) menjana pendapatan menerusi produk kraftangan.

Inisiatif itu dilaksanakan Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Program Lestari Linenice 2025: Dari Sisa ke Sinar yang mengangkat nilai kitar semula, keprihatinan sosial dan kelestarian alam.

Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM) USM, Profesor Madya Dr Aziah Ismail berkata, kain linen terpakai itu dihasilkan semula menjadi beg, bekas pensel dan pelbagai kraftangan lain.

“Konsep ‘Dari Sisa ke Sinar’ bukan sekadar tema, tetapi simbolik bahawa sesuatu yang dianggap tidak berguna boleh diberi peluang kedua menjadi sesuatu yang indah dan bermakna.

“Lebih penting, ia melibatkan komuniti OKU termasuk PDK (Program Pemulihan Dalam Komuniti) serta pelajar PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) yang diberi peluang meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Program Lestari Linenice 2025: Dari Sisa ke Sinar yang diadakan di USM Kubang Kerian di sini pada Khamis.

Aziah (dua dari kanan) melihat beg, bekas pensel dan pelbagai kraftangan lain yang dihasilkan daripada kain linen terpakai.
Aziah (dua dari kanan) melihat beg, bekas pensel dan pelbagai kraftangan lain yang dihasilkan daripada kain linen terpakai.

Hadir sama, Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri-Komuniti, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) USM, Profesor Dr Hamid Jan Jan Mohamed dan Ketua Pusat Transformasi OKU USM-MAIK (PTOKU USM-MAIK), Dr Mohd Zulkifli Abdul Rahim.

Menurut beliau, program berkenaan menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya dalam pendidikan berkualiti, pekerjaan, pertumbuhan ekonomi serta mengurangkan ketidaksamaan.

Artikel Berkaitan:

Aziah turut menzahirkan penghargaan kepada pasukan Projek Kain Linen Kelestarian Kampus diketuai Dr Zafirah Mohd Nor dengan kerjasama PTOKU USM-MAIK.

Ujarnya, program tersebut turut mendapat pembiayaan melalui geran Kesatuan Eropah hasil kolaborasi Profesor Madya Dr Muzaimi Mustapha dan Profesor Madya Dr Asyirah Abdul Rahim.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!