[VIDEO] Penganggur warga Singapura direman cabul anak tiri

A
A
A

JASIN - Seorang penganggur warga Singapura direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Jasin di sini pada Selasa kerana disyaki mencabul anak tirinya yang merupakan pelajar Tingkatan Tiga.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 56 tahun itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin sehingga Sabtu ini.

Sumber berkata, perbuatan terkutuk suspek terbongkar selepas berlaku pertengkaran mulut antara dia dengan mangsa yang berusia 15 tahun serta kakaknya berusia 17 tahun di rumah mereka di sebuah kampung di sini pada Isnin.

Katanya, ketika pertengkaran berlaku mangsa memberitahu ibunya bahawa bapa tirinya itu pernah mencabulnya ketika dia mengadu sakit belakang pada 27 Jun lalu.

"Difahamkan kejadian berlaku pada jam 11.30 malam apabila suspek menawarkan untuk mengurut anak bongsu daripada lima beradik itu," katanya.

Suspek (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Jasin pada Selasa.
Suspek (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Jasin pada Selasa.

Tambahnya, mangsa yang ketakutan kemudian berlari masuk ke dalam biliknya sebelum menangis namun merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ibunya yang berusia 56 tahun.

Ujarnya, selain mangsa, kakak mangsa turut mendakwa suspek pernah memegang pahanya sebelum ke sekolah pada jam 7 pagi tahun ini namun ditepis.

Artikel Berkaitan:

"Pengadu kemudian membuat laporan di Balai Polis Jasin kira-kira jam 1 tengah hari Isnin.

"Pasukan anggota dari Cawangan D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka telah menahan suspek untuk permohonan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!