Pahang belanja RM2.5 juta sedia buku rujukan, latihan percuma

Wan Rosdy (dua dari kiri) bersama calon SPM, STPM dan STAM di seluruh negeri pada Majlis Pelancaran Inisiatif Makmur Pahang Buku Rujukan dan Buku Latihan di Dewan Perdana, Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan pada Sabtu.
Wan Rosdy (dua dari kiri) bersama calon SPM, STPM dan STAM di seluruh negeri pada Majlis Pelancaran Inisiatif Makmur Pahang Buku Rujukan dan Buku Latihan di Dewan Perdana, Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan pada Sabtu.
A
A
A

PEKAN - Kerajaan Pahang membelanjakan RM2.5juta bagi menyediakan buku rujukan dan latihan secara percuma kepada 23,784 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2025 di seluruh negeri menerusi Inisiatif Makmur.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah itu diambil kerana tidak semua pelajar mampu membeli buku rujukan sendiri sehingga yang menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian terhadap pembelajaran.

“Kerajaan negeri merasakan perlu membantu pelajar kerana didapati tidak semua anak mampu membeli buku rujukan sendiri.

"Akibatnya, sebahagian daripada mereka terpaksa meminjam buku, sekali gus menjejaskan keselesaan dan tumpuan ketika belajar.

"Jadi, kerajaan negeri membelanjakan RM2.5 juta untuk tujuan ini dan insya-ALLAH inisiatif berkenaan akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Makmur Pahang Buku Rujukan dan Buku Latihan SPM, STPM dan STAM Tahun 2025 di Dewan Perdana, Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Sabtu.

Wan Rosdy memaklumkan, sebanyak empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dijadikan fokus di peringkat awal sebelum diperluaskan kepada subjek lain pada masa akan datang.

Jelansya, buku tersebut ditulis guru pakar di Pahang dengan bimbingan Jabatan Pendidikan Negeri serta rujukan Kementerian Pendidikan.

"Ia bukan mudah diterbitkan kerana jika silap isi atau pendekatan, kesannya besar kepada pelajar,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy berkata, cadangan penubuhan Universiti Al-Quran di Pahang masih di peringkat perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi, namun tapak awal sudah dikenal pasti.

Mengulas isu buli sekolah, beliau menafikan laporan kononnya Pahang antara negeri tertinggi kes buli.

“Angka rasmi menunjukkan tiada kes keterlaluan dilaporkan.

"Jika ada, kita akan ambil tindakan segera kerana ia bercanggah dengan dasar kerajaan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!