Malaysia #QuranHour semarak mesej empati

Malaysia #QuranHour 2025 kembali untuk edisi ke-11 berlangsung di Masjid Negara pada Sabtu. - FOTO: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Malaysia #QuranHour 2025 kembali untuk edisi ke-11 berlangsung di Masjid Negara pada Sabtu. - FOTO: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

UALA LUMPUR – Program Malaysia #QuranHour 2025 yang kini memasuki tahun ke-11 terus mendapat sambutan menggalakkan meskipun diadakan pada hari Sabtu dan cuti panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, Malaysia #QuranHour tahun ini membawa beberapa surah seperti Al-Balad dan Al-Saff serta kempen ‘Merdeka Dengan Rasa’ yang menekankan mesej empati dan kepedulian terhadap golongan memerlukan.

Beliau berkata, penganjuran kali ini bukan sekadar berbicara tentang kepentingan membantu orang lain, sebaliknya dimanifestasikan melalui kempen berbentuk sumbangan beras dan al-Quran.

“Dalam tempoh dua hari, kita menyasarkan 1,000 kampit beras tetapi alhamdulillah, kita berjaya mengumpul 2,659 kampit beras. Ia menunjukkan rakyat benar-benar memahami mesej surah Al-Balad bahawa kita mesti menyantuni golongan yang memerlukan.

“Respon rakyat sangat positif dan ini membuktikan bahawa mesej daripada al-Quran bukan sekadar untuk dibaca tetapi perlu segera dilaksanakan dalam kehidupan,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Jelasnya, surah Al-Saff yang mengandungi 14 ayat turut menawarkan pelbagai solusi dalam aspek kehidupan termasuk perniagaan, ekonomi, kesatuan hati serta janji kejayaan di dunia.

Marhaini menekankan bahawa generasi muda khususnya perlu memupuk rasa empati agar dapat memahami penderitaan orang lain sebagaimana dituntut dalam al-Quran.

Katanya, surah Al-Balad juga menjelaskan empat golongan yang wajib disantuni, iaitu rakyat, pemimpin, penjawat awam dan pembuat dasar.

Dalam perkembangan sama, Marhaini berkongsi bahawa matlamat utama Malaysia #QuranHour adalah menuju ke tahun 1,500 Hijrah sebagai gerakan rakyat untuk membina budaya membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran.

Artikel Berkaitan:

“Justeru, kita tidak mahu momentum ini terhenti di masjid sahaja, sebaliknya diteruskan dalam masyarakat, industri dan agensi kerajaan,” ujarnya lagi.

Beliau menegaskan bahawa untuk menjadi bangsa merdeka, umat Islam perlu kembali kepada panduan al-Quran dengan memulakan ‘reset’ hati, perasaan dan empati sesama rakyat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!