Dr Mahathir kuarantin diri secara sukarela, kontak rapat dengan Kelvin

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa menjalani kuarantin secara sukarela selama 14 hari ekoran kontak rapat dengan Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii yang disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Dipercayai Dr Mahathir telah mengambil gambar bersama dengan Kelvin dalam satu majlis baru- baru ini dan beliau kini sedang menjalani rawatan di Hospital Umum Sarawak.

"Saya patuh kerana amat penting untuk mengatasi masalah ini kita berdisiplin, kita sanggup dikurung di rumah selama 14 hari kalau kita buat demikian maka kurangkan penyakit ini merebak kepada orang lain," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Buletin Utama TV3 di sini hari ini.

Dr Kelvin telah membuat pengumuman di Facebook beliau pada 17 Mac lalu berhubung keadaan beliau yang juga kontak rapat dengan Ahli Parlimen Sarikei, Andrew Wong. Beliau disahkan positif pada 2 Mac lalu.

Dalam pada itu, Dr Mahathir yang kini berusia 94 tahun itu berkata, beliau menjalani kuarantin itu bukanlah sesuatu perkara yang berat bagi dirinya.

"Ini pengalaman saya sekarang ini terkurung di rumah tidak boleh keluar, tidak boleh jumpa sesiapa pun tidak boleh dan bersalam dengan orang tapi alhamdulillah tidak begitu berat bagi saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen Bandar Kuching positif Covid-19

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak pulang ke kampung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Artikel Berkaitan:

"Kita mesti berjaga-jaga mesti kawal diri kita, kalau semasa 14 hari kita berdiam diri kurungkan diri, tidak apalah kerana ini untuk kebaikan.

"Ini usaha kita menunaikan ajaran agama kita iaitu kita perlu berusaha sendiri sebelum berdoa dan solat hajat kita dimakbulkan oleh ALLAH.

"Bukan balik kampung atau tinggal di kampung, tetapi tinggal di tempat kita berada sekarang tidak balik kampung kerana kalau kita balik seolah kita bercuti mungkin kita bawa penyakit ini ke kampung dan di kampung kita tak jaga diri kita maka orang kampung pula dapat sakit oleh itu jangan balik kampung," katanya.