Polis Pahang nafi keluar arahan tutup premis bermula 7 malam di Raub

Risalah palsu
Risalah palsu
A
A
A

KUANTAN - Polis Pahang menafikan gambar tular meminta semua premis perniagaan di negeri itu menghentikan operasi bermula jam 7 malam hingga jam 7 pagi.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, arahan tersebut tidak pernah dikeluarkan atau diluluskan oleh pihaknya.

"Untuk makluman Polis Kontinjen Pahang dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Raub sama sekali tidak pernah mengeluarkan arahan kedai makan termasuk kedai serbaneka dan stesen petrol henti operasi bermula 7 malam hingga 7 pagi.

"Pihak Polis Pahang dan juga Polis Daerah Raub hanya akan mengeluarkan risalah Perintah Kawalan Pergerakan berdasarkan kuasa yang ada baik kuasa Polis mahupun kuasa di bawah Majlis Kerajaan Tempatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya bertenang dan mengikut arahan semasa daripada sumber sahih.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada operasi perniagaan di 5 daerah di Pahang 7 malam hingga 7 pagi

Artikel Berkaitan: