X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada operasi perniagaan di 5 daerah di Pahang 7 malam hingga 7 pagi

Wan Rosdy bercakap pada sidang akhbar di Wisma Pahang di sini hari ini.
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang mengeluarkan arahan penutupan premis perniagaan di Kuantan, Pekan, Jerantut, Temerloh dan Bentong bermula 21 Mac ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kelima-lima daerah itu merupakan daerah yang mempunyai penghuni positif koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, daerah Cameron Highlands pula telah melaksanakan arahan penutupan premis bermula jam 7 petang sejak semalam.

"Penutupan itu tertakluk kepada semua jenis perniagaan bermula jam 7 petang sehingga 7 pagi, namun pelaksanaannya akan dilakukan 21 Mac," katanya pada sidang akhbar di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, kemas kini setakat hari ini menunjukkan 32 kes direkodkan di Pahang dengan Kuantan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 12 kes diikuti Pekan (11), Bentong (4), Jerantut (4) dan Temerloh (1).

Beliau berharap orang ramai dapat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan bagi memastikan tiada peningkatan kes dalam masa terdekat.

"Saya sangat berharap tiada peningkatan kes di negeri ini dengan jumlah 32 kes kekal hari ini.

"Semoga dengan ini, usaha kita bersama-sama untuk menangani seterusnya mengatasi wabak Covid-19 akan berjaya, Insya-ALLAH," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus