Bomba redah hutan 5 jam, selamatkan pekerja penyelenggaraan terseliuh kaki

Operasi menyelamat diteruskan pada pagi Selasa dan mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 11.20 pagi. Foto Bomba
Operasi menyelamat diteruskan pada pagi Selasa dan mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 11.20 pagi. Foto Bomba
A
A
A

MACHANG – Demi menyelamatkan nyawa seorang pekerja penyelenggaraan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terseliuh kaki, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang sanggup meredah hutan, mendaki bukit selama lebih lima jam serta bermalam dalam kegelapan selama 12 jam.

Kejadian itu berlaku di Bukit Lata Gila, Temangan pada Isnin, apabila mangsa berusia 50 tahun dipercayai terseliuh ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.

Ketua Balai, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Alfarra Mohamad Zin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.18 petang dan pasukan penyelamat terus digerakkan ke lokasi.

"Anggota terpaksa berjalan kaki lebih kurang lima jam untuk sampai ke lokasi kejadian.

Demi menyelamatkan nyawa seorang pekerja penyelenggaraan yang terseliuh kaki, anggota bomba dari BBP Machang sanggup berjalan kaki meredah hutan, mendaki bukit lebih lima jam dan bermalam dalam kegelapan selama 12 jam. Foto Bomba

“Tiba di lokasi pada jam 11 malam. Disebabkan keadaan gelap dan berisiko tinggi, mangsa tidak dapat dibawa keluar pada malam tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Menurut beliau, mangsa ditemani tiga orang rakan serta enam anggota BBP Machang sementara menunggu siang.

Ujarnya, operasi menyelamat diteruskan pada pagi Selasa dan mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 11.20 pagi sebelum dibawa ke Hospital Machang untuk pemeriksaan lanjut.

Artikel Berkaitan:

“Alhamdulillah, operasi SAR berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak. Ia melibatkan 14 anggota BBP Machang, dua anggota Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) serta empat orang awam,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!