Gempa bumi: Tiada aduan gangguan telekomunikasi

Nie Ching
Nie Ching
A
A
A

KULAI - Kementerian Komunikasi mengesahkan tidak ada menerima aduan berhubung masalah telekomunikasi susulan dua kejadian gempa bumi di Segamat dan Kluang pada pagi Ahad.

Bagaimanapun menurut Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching, pihaknya akan terus memantau situasi tersebut bagi memastikan kawasan terlibat mendapat perkhidmatan telekomunikasi yang lancar secara berterusan.

"Kita belum terima sebarang aduan berhubung gangguan telekomunikasi akibat gempa bumi yang berlaku seperti di Segamat dan Kluang.

"Tetapi, kita akan terus pantai mengenai keadaan dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita.

Nie Ching berkata demikian setelah menyempurnakan Majlis Serahan Sumbangan Murid Cemerlang dan Pendidikan Pelajar di Dewan Terbuka Jalan Merbuk, Bandar Putra di sini pada Ahad.

Sebelum itu pada awal pagi Ahad, gegaran gempa bumi lemah dengan magnitud 4.1 dilaporkan berlaku di Segamat pada jam 6.13 pagi.

Ia susuli pula dengan gegaran gempa bumi lemah dengan magnitud 2.8 yang direkodkan berlaku di Kluang pada jam 9 pagi.

Bagaimanapun, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), melaporkan tiada laporan berkaitan kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kedua-dua kejadian gempa bumi berkenaan.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!