Lelaki maut motosikal terbabas di LPT2

KEMAMAN - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di Kilometer 299.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran hentian rehat dan rawat (R&R) Kijal di sini, petang Jumaat.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 5.25 petang, Muhammad Nur Alif Hakim Mohd Ali, 28, menunggang motosikal jenis SYM dari arah Kuala Terengganu menuju Kuantan sebelum dipercayai hilang kawalan.
Motosikal mangsa kemudian terbabas dan terjatuh di lorong kanan lebuh raya.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Katanya, mangsa yang berasal dari Batu Pahat, Johor, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
