Semangat luar biasa penghuni Rumah Sri Kenangan jayakan Malaysia #QuranHour

Penghuni Rumah Sri Kenangan turut sama akan membaca al-Quran sempena program Malaysia #QuranHour 2025 yang akan diadakan di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kota Bharu bagi peringkat negeri Kelantan pada 30 Ogos ini.
Penghuni Rumah Sri Kenangan turut sama akan membaca al-Quran sempena program Malaysia #QuranHour 2025 yang akan diadakan di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kota Bharu bagi peringkat negeri Kelantan pada 30 Ogos ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Walaupun kudrat tidak lagi sekuat dahulu, semangat untuk mendekati al-Quran tetap membara.

Itu semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh penghuni Rumah Sri Kenangan Taman Kemumin di sini, apabila mereka bakal menyertai Malaysia #QuranHour 2025 yang akan berlangsung serentak di seluruh negara pada 30 Ogos ini.

Bertemakan “Merdeka Dengan Rasa”, program tahunan itu mengangkat al-Quran sebagai panduan dalam menyemai jiwa merdeka sejati – bebas daripada belenggu nafsu amarah, dendam dan kebencian yang menjerat manusia dari dalam.

Tenaga pengajar al-Quran Rumah Sri Kenangan, Faridah Yusoff, 65.
Tenaga pengajar al-Quran Rumah Sri Kenangan, Faridah Yusoff, 65.

Tenaga pengajar al-Quran Rumah Sri Kenangan, Faridah Yusoff, 65, yang lebih tiga dekad mengajar kitab suci itu berkata, beliau terharu melihat kesungguhan warga emas yang terdiri daripada 10 hingga 20 orang untuk turut sama membaca al-Quran sempena program berkenaan yang akan diadakan di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian bagi peringkat negeri Kelantan.

“Walaupun usia mereka sudah lanjut, semangat untuk mengaji masih ada. Inilah bukti bahawa al-Quran sentiasa dekat di hati umat Islam pada setiap peringkat umur,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, usaha mengangkat al-Quran sebagai panduan hidup adalah pendekatan terbaik untuk menyemai jiwa merdeka yang sebenar.

Lokasi utama penganjuran Malaysia #QuranHour 2025 akan berlangsung di Masjid Negara, Kuala Lumpur bermula jam 12 tengah hari hingga 1 petang pada 30 Ogos ini dan disertai jutaan rakyat Malaysia secara fizikal mahupun dalam talian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!