10 spesies haiwan terancam di dunia

No Image Caption
A
A
A

 

Habitat semula jadi yang semakin terhad dan bilangan hidupan liar yang kian berkurangan menyebabkan banyak spesies haiwan kini terancam.

Our 2024 Living Planet Report menunjukkan saiz purata populasi hidupan liar telah menurun kepada 73 peratus sejak 1970.

Senarai merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) menunjukkan lebih 47,000 spesies telah dinilai berada di bawah ancaman kepupusan. Berikut ialah 10 haiwan paling terancam di dunia.

1. Tenggiling Sunda

Ia merupakan salah satu daripada lapan spesies tenggiling yang hidup di kawasan hutan seluruh Asia Tenggara. Ancaman utama haiwan ini ialah aktiviti pemburuan haram. Dagingnya dianggap sebagai produk mewah dan sisiknya digunakan sebagai ramuan dalam ubat tradisional.

No Image Caption

2. Harimau bintang Amur

Artikel Berkaitan:

Spesies ini paling jarang ditemui di dunia dengan hanya kira-kira 130 ekor dipercayai berada di alam liar. Haiwan ini kekal berada dalam senarai spesies terancam sejak 1996 dan ia hanya boleh ditemui di kawasan kecil di Timur Jauh Rusia serta timur laut China. Aktiviti manusia tanpa pemantauan mengancam habitat spesies ini.

No Image Caption

3. Harimau Sunda

Ia juga digelar Harimau Sumatera dan merupakan subspesies paling kecil seberat 140 kilogram. Populasi yang meningkat hampir dua kali ganda di Asia Tenggara antara 1980-an dan 2020 memberi impak kepada bilangan haiwan yang jarang ditemui ini. Kegiatan pemburuan haram dan perdagangan komersial antara ancaman paling besar kepada haiwan ini.

No Image Caption

4. Gorila Gunung

Habitat haiwan ini di hutan altitud tinggi di kawasan gunung berapi, pergunungan di timur Republik Demokratik Congo, utara Rwanda dan barat Uganda. Dianggarkan terdapat 1,063 gorila gunung di alam liar yang turut berdepan ancaman akibat aktiviti tidak terkawal manusia dan usaha pemuliharaan giat sedang dijalankan.

No Image Caption

5. Orang Utan Borneo

Ia hanya boleh ditemui di Pulau Borneo dan dianggarkan terdapat kira-kira 104,700 ekor di alam liar. Antara 1973 dan 2010, 40 peratus daripada habitat haiwan ini dimusnahkan yang berpunca daripada kegiatan manusia. Majoriti haiwan ini ditemui di hutan terosot yang dieksploitasi untuk kayu balak.

No Image Caption

6. Ikan lumba-lumba tanpa sirip Sungai Yangtze

Ia merupakan satu-satunya ikan lumba-lumba air tawar yang ditemui di dunia dan menjadikan Sungai Yangtze di China sebagai habitatnya. Penangkapan ikan tanpa had dan pencemaran telah memberi kesan besar kepada banyak hidupan akuatik termasuk spesies mamalia ini yang berada di bawah program pemuliharaan dilancarkan Beijing.

No Image Caption

7. Badak hitam

Antara 1960 dan 1995, populasi haiwan ini berdepan kehilangan ketara akibat pemburuan haram berskala besar. Usaha pemuliharaan telah menambah jumlah spesies ini kepada lebih dua kali ganda di seluruh Afrika. Dianggarkan terdapat 6,421 ekor di alam liar dan 95 peratus daripada populasinya ditemui di Kenya, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe.

No Image Caption

8. Gajah Hutan Afrika

Habitatnya di hutan tebal dan lembab di Afrika Tengah dan Afrika Barat. Jumlah sebenar haiwan ini di alam liar tidak dapat dipastikan, namun bilangannya telah menurun lebih 80 peratus sepanjang abad yang lalu. Aktiviti pemburuan berleluasa dan pencerobohan habitatnya antara ancaman utama kepada spesies ini.

No Image Caption

9. Orang Utan Sumatera

Mamalia ini ditemui secara eksklusif di Pulau Sumatera, Indonesia. Ia disenaraikan sebagai spesies paling terancam oleh IUCN dengan kurang 14,000 ekor di alam liar. Ia berdepan ancaman sama seperti spesies Borneo dan Tapanuli. Aktiviti manusia yang tidak terkawal menjadi ancaman besar kepada haiwan ini yang kini hanya boleh dijumpai di kawasan hujung Sumatera di Ekosistem Leuser, sebuah landskap meliputi hutan hujan tanah pamah dan tanah gambut berwap.

No Image Caption

10. Penyu karah

Ia merupakan salah satu daripada tujuh spesies penyu laut yang ditemui di perairan tropika dan subtropika berhampiran Lautan Atlantik, Hindi dan Pasifik. Populasinya dikatakan berkurangan kepada 80 peratus sejak tiga generasi terakhir. Pencemaran sisa plastik, perubahan iklim dan kenaikan paras laut antara faktor utama yang mengancam spesies ini selain kegiatan manusia tanpa kawalan.

No Image Caption

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!